APA ITU PRA-UNIVERSITI TINGKATAN 6 ?
Selalukan dengar soalan apa tu pra-universiti? Apa kaitan dengan tingkatan 6? Sebenarnya sama saja, memandangkan tingkatan 6 sudah dinaik taraf kepada 3 semester macam di universiti kalau ikutkan sistem semester, sebab itulah tingkatan 6 dipanggil pra-universiti ala ala universiti jugak. Kalau masuk tingkatan 6 ni, ibarat selangkah kaki dah masuk universiti, cuma tinggal selangkah lagi sahaja. Tapi kalau nak melangkah masuk universiti sebelum tamat tingkatan 6 pun boleh, tak jadi masalah. Boleh? Betui ka? Haa la betul ! Tak Percaya? Pergilah ketika mana-mana universiti masa hari terbuka, hari konvokesyen, takpun selfie dengan pintu pagar universiti tu pun jadilah kan hahahaha Okey berbalik kepada STPM, format sekarang dah tak sama macam dulu, STPM sekarang sudah berubah kepada 3 semester dalam masa 2 tahun ( sebenarnya 1 tahun setengah saja ) tak sama macam dulu belajar 2 tahun baru exam macam SPM jugak. Bila dah jadi 3 semester, maknanya apa yang kita belajar untuk semester 1 dah tak belajar dalam semester 2 ? Ya, betul tu cuma ada kaitan sikit-sikit ja tapi jangan risau, sebenarnya sistem semester lebih mudah sebab kita tak payah nak belajar balik hat lama-lama tu, nak kampui apa yang kita belajar dulu untuk peperiksaan mana nak sempatkan? dah la jenis belajar last minute ( ditujukan khas untuk diri sendiri. Haa SENTAP ! ) sebab itu lah ramai yang gagal masuk universiti lepas SPM bukan sebab tak pandai. Kita sebagai muslim, percayalah pada rezeki masing-masing sebab setiap yang berlaku ada hikmahnya. Jadikan tingkatan 6 sebagai medan untuk balas dendam terhadap UPU, bukan hang sorang tak dapat masuk universiti, ramai lagi, dungivap ! kipidap ! hahaha buktikan kita boleh berjaya walaupun dekat mana pun kita belajar.
ADA APA DENGAN TINGKATAN 6 ?
Ada macam-macam dik hahaha sebenarnya tingkatan 6 ni sama la dengan tingkatan berapa pun sebab belajar dekat sekolah yang sama cuma yang bezakan ada sesetengah tempat dah ada PUSAT TINGKATAN ! Wah, hebatkan. Yang paling membezakan tingkatan 6 dengan pelajar lain ialah PAKAIAN. Haa, ni best masuk tingkatan 6 boleh pakai kasual bukan macam dulu kena pakai baju sekolah, kasut sekolah, tudung sekolah tapi peraturan sekolah jangan abaikan pulak ye, bagi lelaki jangan pakai JEANS ! Selipar pun tak boleh tak kira lelaki ka perempuan, dah selangkah masuk universiti kan bila masuk tingkatan 6, tunjuk pemakaian macam pelajar universiti jugak, baru la smart dan layak dilabel sebagai pelajar pra-universiti. Macam nilah adik-adik tingkatan yang lain tengok abang-abang dan kakak-kakak depa pakai segak. Ingat kita ni jadi contoh untuk pelajar yang lain, macam mana persepsi depa kalau tengok kakak-kakak dan abang-abang depa ni pakai selekeh/terlampau liplapliplap blingblingbling sangat? ( Ha jawab, jawab, jawab ! ) Kadang-kadang pelajar tingkatan 6 ada kena pakai baju koprat, baju batik, semuanya bergantung kepada sekolah masing-masing - taklimat mengenai pakaian selalunya akan diberikan masa orientasi. Jangan ingat orientasi ni tak penting, penting tau ! macam-macam cikgu terang masa minggu orientasi, rugi bagi siapa yang lewat daftar, ada jugak sekolah yang tak terima pendaftaran walaupun lewat sehari ! Ingat ya, 4 MEI 2016, pakai henfon canggih kan, cuba setkan alarm untul tarikh-tarikh yang penting nih, bukan makan memory pun kan :)
TINGKATAN 6 TERBAHAGI KEPADA 3 JURUSAN :
- JURUSAN SAINS
- JURUSAN KEMANUSIAAN
- JURUSAN AGAMA
JURUSAN SAINS
Macam kita tahu, jurusan sains ni SAMA macam aliran sains jugak, cuma siapa yang aliran sains masa SPM dulu sahaja ditawarkan jurusan sains, tapi pelajar aliran sains SPM BOLEH mengambil jurusan kemanusiaan di tingkatan 6. Antara subjek jurusan sains di tingkatan 6 :
- PENGAJIAN AM (wajib ye tak kira jurusan apa pun )
- BIOLOGI
- FIZIK
- KIMIA
- MATEMATIK (M)
- MATEMATIK (T)
- ICT (KOMPUTER)
* PILIH 4 SUBJEK SAHAJA TERMASUK PENGAJIAN AM
JURUSAN KEMANUSIAAN
Haa mesti ramai tertanya-tanya apa itu JURUSAN KEMANUSIAAN ? belajar pasal manusia ke? amboi mentang-mentang nama KEMANUSIAAN belajar pasal manusia la? Hahaha nama sahaja jurusan kemanusiaan tapi SAMA sahaja dengan ALIRAN SASTERA masa kita ambik sastera dulu, okay tak payah pening lalat dok pikiaq macam-macam nah. Bila kawan yang belajar dekat universiti tanya kita ambik kos apa dekat tingkatan 6, jawab sahaja jurusan kemanusiaan, mesti ramai yang saspen, apa benda tu haa terang la dekat depa, apa ingat tingkatan 6 ni tak da kelas ke letak sastera lagi? nama kemanusiaan baru meletup sikit, hahaha ya la, mesti orang ingat kita belajar pasal manusia 100% organ-organ manusia pun kita belajar / belajar cara jadi manusia, jangan terkejut ada sesetengah individu yang pikiaq macam tu, tak apa kita terang dekat depa, ilmu tu tak baik kedekut, baru lah nampak hasil belajar dekat tingkatan 6 ni, bukan main henfon dalam kelas je, opsss. Antara subjek jurusan kemanusiaan di tingkatan 6 :
- PENGAJIAN AM (wajib ye tak kira jurusan apa pun )
- BAHASA MELAYU
- SEJARAH
- GEOGRAFI
- SYARIAH
- SENI VISUAL
- PERAKAUNAN
- EKONOMI
- PENGAJIAN PERNIAGAAN
- SAINS SUKAN
- KESUSASTERAAN BAHASA MELAYU
- BAHASA CINA
- BAHASA TAMIL
- LITERATURE IN ENGLISH
JURUSAN AGAMA
Macam kita tahu, jurusan agama ni SAMA macam aliran agama jugak, cuma siapa yang aliran agama masa SPM dulu sahaja ditawarkan jurusan agama, tapi pelajar aliran agama SPM BOLEH mengambil jurusan kemanusiaan di tingkatan 6. Antara subjek jurusan agama di tingkatan 6 :
- PENGAJIAN AM (wajib ye tak kira jurusan apa pun )
- BAHASA ARAB
- USULUDDIN
- SYARIAH
# Ada sekolah yang mewajibkan pelajar mengambil 5 subjek tapi jangan risau, 1 subjek tu kira backup, mana tahu subjek tambahan tu kita tak sangka akan dapat A. MPM akan pilih 4 subjek yang terbaik daripada 5 untuk kira pointer. Semoga entry ini memberi manfaat dan pengetahuan terutamanya untuk bakal pelajar tingkatan 6. Sebarang pertanyaan mengenai tingkatan 6 boleh komen ya, jangan malu-malu. Malu bertanya sesat jalan, malu berkayuh perahu hanyut. In shaa Allah, komen akan dibalas secepat mungkin, secepat IRON MAN repair sutnya !
1 comment:
Tingkatan 6 ada konvensyen ke? Untuk semua pelajar walaupun pointer 2 mcm tu
Post a Comment