Assalamualaikum | Salam Sejahtera, 4 MEI 2016 merupakan tarikh keramat untuk pelajar yang memilih untuk mendaftar di Tingkatan 6. Tahniah, pilihan anda sangat tepat daripada goyang kaki dekat rumah dengan rasa penuh yakin dapat UPU. Selamat Datang ! Selamat kembali ke sekolah sama ada sekolah baru atau sekolah lama.
HARI PENDAFTARAN 4 MEI
Mesti ramai dah semak kan, sekolah mana yang dapat, apa yang kena bawak pada 4 Mei esok, dah tak lama dik tapi kalau tak ada lengkap lagi, cepat-cepatlah uruskan ya. Bukan apa, nak ka kena maqah masa hari pertama bergelar pelajar tingkatan 6? Mesti tak mau kan? Tapi kalau salinan tu tak ada, salinan ini tak ada, salinan tak ada pengesahan pulak. Come on dik, cikgu pun dah anggap hampa semua dah dewasa bukan baru hari pertama tingkatan 1. Cikgu boleh nak bertolak ansur sikit-sikit tapi kalau la pagi tu angin berapa tak baik, angin monsun barat daya ke timur ke selatan ke? Siapa yang nak kena maqah? Hang la. Tugas cikgu hari pendaftaran sebenarnya nak mudahkan urusan hampa semua masuk tingkatan 6, yang nak keep-in data tu cikgu, nak uruskan pendaftaran tu cikgu, nak uruskan taklimat/ceramah/orientasi tu cikgu. Banyak tu kerja cikgu hari tu, yang hampa mai lenggang kangkung, lenggang mak limah haritu, tak bawa apa-apa ! Bawa diri saja, sapa tak maqah? Nasib baik kalau cikgu yang MEMPUNYAI KESABARAN YANG TINGGI takpalah, tapi kena cikgu tu hat chege, garang sikit, muka pulak ada misai macam polis cakap nada tinggi sikit pulak tu, hmmm esok pakat taubat tak mau masuk tingkatan 6 kata cikgu jahat sebab maqah dia, dia sorang saja yang baik.
CONTOH SEMAKAN TINGKATAN 6 2016
Sebenarnya hari pendaftaran tu sekejap ja, sat ja habis. Kalau tak silap dulu, kalau hari pendaftaran tingkatan 6 SMKDHAB pukul 11 dah habis pendaftaran tapi tu tahun 2014 ye adik-adik. Mana tau tahun ini balik awal lagi, tapi lusa 5 Mei tu dah start orientasi tau. Apa? bukan minggu depan atau tahun depan hahaha Okey bab pakaian masa hari pendaftaran kan, maksud pakaian kemas dan sopan nih, bagi pelajar perempuan pakai baju kurung, lelaki pulak pakai la baju t-shirt berkolar tapi kalau pakai kemeja lagi bagus. Haa nampak macam pelajar tingkatan 6 dah, segak dan kemas !
# Actually ( speaking omputih pulak ) hari pendaftaran tu mudah saja, ikut saja apa yang tertera dekat surat tawaran tu, tak paham tak apa boleh tanya kat komen okey? Yang kes tak baca dekat surat tawaran/ tak semak dia dapat sekolah mana tu yang jadi kalut tak tentu pasal masa 4 Mei nanti, Tolong ya baca, semak apa yang patut, ada lagi kah tak jumpa link semakan tingkatan 6? Tekan dekat SINI kalau yang tak jumpa link tu. Ada jugak kes yang berkira data, line ciput katanya sebab tu tak semak tingkatan 6, tapi wechat, whatsapp, instagram, facebook update selalu. Hmm macam mana data tak ciputkan? Renung-renungkan tapi jangan sampai termenung :)
2 comments:
Selain pengetua siapakah yang boleh cop dan mengesahkan salinan surat tawaran dan surat yang lain?
Mesti jgk eh mau cop pengetua
Post a Comment