PENGAJIAN AM SEJARAH BAHASA MELAYU EKONOMI MUET INSAK&IV IPG

8 May 2016

KENAPA PILIH TINGKATAN 6?






Assalamualaikum | Salam Sejahtera, kenapa pilih/masuk tingkatan 6? tak kira la yang baru daftar ka, dah sem 3 ka tak pun tengah tunggu result keseluruhan tingkatan 6 mesti familiar dengan soalan tu sebab ini merupakan soalan wajib kalau dah masuk tingkatan 6 tapi entry kali nih bukan untuk jawab soalan tu dekat jiran-jiran kita, kawan-kawan tapi dekat diri sendiri jugak.


KENAPA PILIH TINGKATAN 6 ?

Bagi yang tengah tunggu keputusan UPU, mesti jawab sebab tengah tunggu result UPU, kalau dapat UPU mesti nak blah kan dari tingkatan 6 kan ? Itu terpulang pada keputusan masing-masing, sama ada nak masuk diploma/STPM/asasi/matrikulasi/sijil kemahiran masing ada kelebihan, dekat mana pun kita belajar, yang paling penting niat nak menuntut ilmu. Kepada sesiapa yang daftar tingkatan 6 esok, percayalah anda tak rugi ! Kenapa? sebab pilih untuk daftar dulu berbanding sesetengah orang yang terlampau yakin dapat UPU sebab dia rasa keputusan SPM dia bagus, semua ini rezeki dik, ada jugak keputusan yang bagus tapi tak dapat mana-mana universiti/IPG/matrikulasi/asasi/politeknik.

Sebab tak dapat mana-mana universiti/politeknik/IPG ? jawapan yang popular dalam kalangan pelajar tingkatan 6. Bukan kita saja yang tak dapat, ramai lagi tapi kita jangan putus asa, mungkin inilah peluang kita nak masuk universiti. Masuk tingkatan 6 ini ibaratkan selangkah kaki ke universiti, sebab itulah nama tingkatan 6 dah dinaik taraf jadi pra-universiti. Cewah !

Sebab kawan? jangan dik, kenapa? kalau kawan kita dapat UPU, kita macam mana pulak? sebab tu mindset tu penting ! jangan terlampau ikut kawan, takkan nanti nak kahwin pun ikut dia? nak jadi madu ke kahwin orang yang sama? Hah, memang taklah kan? Habis tu kenapa nak sangat ikut dia? nanti masuk tingkatan 6 pun ada kawan baru, takkan kita nak kawan dengan dia sorang? Dah umur 18 tahun, berdikari sikit boleh ye dik? kakak tau dia kawan yang kamu paling baik & rapat tapi jangan ikut apa yang dia pilih sebab kita tahu kelebihan & kekurangan masing-masing. Kakak dah banyak lalui dengan macam-macam perangai kawan. Kalau kakak ikut macam kawan baik kakak dari sek rendah, kakak dah belajar dekat Indonesia sekarang nih, inshaa allah kawan kakak bakal ustazah tak lama lagi tetapi kenapa kakak masih ada dekat Malaysia? sebab kakak tau kakak tak mampu jadi ustazah, bukan bidang & kemahiran kakak walaupun ada basic bahasa arab.


TINGKATAN 6 SENANG KE SUSAH ?

Dik, kalau tak baca buku, tak belajar bersungguh-sungguh, ABC pun susah dik. Cuba kita throwback balik masa kita sekolah rendah, masa tu kita tak ambik UPSR lagi tapi kita dah kata UPSR susah tapi bila dah ambik UPSR tak la susah mana pun, dapat jugak masuk tingkatan 1 kan?  Macam tu jugak masa kita ambik PMR/PT3 10 subjek ! Ha dua kali ganda subjek dari UPSR dulu, tapi kita boleh buat jugak, masuk jugak tingkatan 4. SPM pun mati-mati kita kata susah tapi result boleh la, dapat jugak sijil. Bukan semua orang dapat tawaran tingkatan 6 dik, beruntung lah kamu yang dapat, dah la tak mintak pun tapi dapat tu namanya rezeki tapi sesiapa yang tak dapat tu jangan risau, boleh buat rayuan sehingga 27 MAY 2016. Klik dekat SINI ada borang dan panduan untuk isi borang (untuk kes rayuan).


DIPLOMA ATAU STPM ?

Kepada sesiapa yang dapat UPU tu tahniah ! Kalau kos tu hang minat, baik hang pilih diploma sebab apa? peluang tu tak semua orang dapat tapi kalau rasa nak terus tingkatan 6, teruskan ! Untuk muslim, kita buatlah solat istikarah minta petunjuk Allah, bukan minta jodoh saja ya solat istikarah ni, solat istikarah ini solat untuk minta petunjuk Allah. Amboi, pasal jodoh laju saja buat istikarah hahaha lepas tu minta pandangan mama dan abah, papa dan mama, omma dan appa sebab syurga tu dibawah tapak kaki ibu, tanpa ibu dan ayah, siapalah kita? Mesti ibu dan ayah nak yang terbaik dekat kita, selalunya ibu dan ayah akan setuju apa yang kita pilih tapi apa kata kali ini kita minta pandangan dan nasihat depa? Bab minta duit PAMA laju ja, tapi hat lain, ketegaq tak mau dengar cakap. Nak share sikit cerita kawan yang saya sayang nih, dia dapat diploma dan matrik (rayuan), result SPM 4A tapi semua hat cekang-cekang macam Matematik Moden & Matematik Tambahan. Alhamdulillah, dia dapat tawaran UPU tapi atas nasihat mak ayah yang suruh dia teruskan tingkatan 6, dia patuh dan akur. Baru-baru ini keputusan STPM keseluruhan, dia dapat 3.92 selepas ulangan ekonomi penggal 3, sebelum itu dia dapat 3.85 . Hebatnya perancangan Allah ! Rupa-rupanya STPM yang terbaik untuk dia. Ada orang tak mau ambik STPM sebab MUET, tapi diploma ka STPM ka asasi ka matrikulasi ka semua KENA ambik MUET. Faham? Diploma 3 tahun tapi STPM 2 tahun (1 tahun setengah sebenarnya) kawan hang baru nak praktikal tapi hang duk goyang kaki dah kat rumah sebab dah rasmi jadi penggangur terhormat tapi tulah depa nanti bila sambung degree boleh short-sem kira macam lompat terus pi sem 3 kalau teruskan kos yang sama.


KELEBIHAN STPM

STPM ada kelebihan ke? Dah la belajar dekat sekolah, kena ikut peraturan sekolah, tak bebaslah~ macam-macam persepsi negatif timbul dalam diri kita sendiri sebab keinginan nak masuk universiti tu membuak-buak, sebab tu kita pandang lekeh pasal tingkatan 6 nih. Yalah, kawan-kawan kita ada yang masuk matrikulasi, asasi, IPG dan universiti TAPI kita masih duduk dekat sekolah, lagi-lagi sekolah yang sama dari tingkatan 1-5. Alahai~ lagi lah jatuh semangat nak belajar kan? Masa aku dulu masuk kan, kena pakai baju sekolah tau ! Haa hang qasa?

Memang orang lain pun pandang kita sebelah mata saja bila kita bagitau kita belajar dekat tingkatan 6 TAPI depa tak tau yang tingkatan 6 dah naik taraf sebagai pra-universiti iaitu setaraf dengan diploma. Aik? betui ka ni? Betul ! Sungguh, ceq tak tipu na ! Hang masuk tingkatan 6 ni nanti nak belajar dekat mana? Entah-entah tak dapat universiti, kan tingkatan 6 tu kan susah. Jawapan aku senang saja, tak tau lagi tengok result hehehe inshaa allah rezeki kat mana-mana saja. STPM ni macam bonus la untuk kita, nak minta kerja boleh guna, nak sambung belajar boleh, nak kahwin pun boleh, erkk? hahaha tapi asasi dan matrikulasi tak boleh ! sebab asasi & matrikulasi untuk sambung belajar ke peringkat ijazah sahaja tak laku kalau minta kerja. Tudia...meh nak list satu-satu KELEBIHAN STPM :

  • SAMBUNG BELAJAR KE PERINGKAT IJAZAH SARJANA MUDA
  • MOHON KERJA KERAJAAN DENGAN SIJIL STPM ; SPA (SURUHAN JAYA PERKHIDMATAN AWAM)
  • NAIK GAJI (BAGI YANG BEKERJA)
  • GAJI STPM TAK SAMA DENGAN GAJI SPM  (WALAUPUN KERJA KILANG)
  • SETARAF DIPLOMA (TAK PERLU DIPLOMA UNTUK SAMBUNG BELAJAR)
  • MUDAH MENYIAPKAN ASSIGNMENT TERUTAMA SEJARAH SEBAB PERNAH BUAT & TAHU FORMAT
  • TAK PERLU BAYAR YURAN YANG MAHAL (BAYAR PIBG SAHAJA)
  • TAK PERLU BUAT PINJAMAN PTPN/MARA
  • TAK PERLU BAYAR WANG PEPERIKSAAN (KECUALI MUET/ULANGAN)

* Pendek kata, tak rugi masuk tingkatan 6, dah la FOC, bebas hutang pulak tu. Kalau ambik diploma, bila dah graduate tu dah kena pikiaq pasal hutang, ni nak sambung degree pulak, HUTANG lagi ! Tapi pelajar STPM tak payah pikiaq semua tu lagi hehehe aip, berkempen untuk tingkatan 6 nampak, mestilah ! sebab kakak kamu ni pelajar STPM jugak, kalau ada rezeki dapatlah biasiswa pulak.

# Hmmm tak tahu la kenapa orang tak pandang tingkatan 6 nih, kata tingkatan 6 nih koman la padahal STPM antara peperiksaan yang susah di dunia, jadi budak STPM nih bukan calang-calang orangnya. Pelajar tingkatan 6 ni kira ada kekuataan fizikal&mental, kecekalan hati, ketabahan jiwa, keseimbangan rohani, ya lah kalau tidak awal-awal lagi dah cabut lari dari tingkatan 6. Emosi paling penting ! Kena kawal betul-betul kalau tak kawal silap-silap semua buku dah kena hadam dah hahaha
Pedulikan kata-kata negatif orang lain, kita yang berusaha bersungguh-sungguh nak keputusan cemerlang SEBAB kita yang nak mama dan abah bangga dengan kita.
Nah belanja satu quote yang dicipta sendiri hahaha kalau kita dok dengaq cakap orang, sampai bila pun kita ikut telunjuk orang? kenapa ikut impian orang bukan diri sendiri ? Persoalannya siapa yang nak berjaya? kita kan? kenapa nak dengaq cakap orang? orang kata tingkatan 6 tu susah ! tapi sapa yang nak masuk universiti? sapa yang pulun baca buku? sapa yang tidur tak cukup buat kerja khursus? Dik, diri kita sendiri tapi kenapa kita dengar kata-kata negatif orang lain?

 Everything happen for a good reason
Ni fav quote, dari form 2 kut rasanya hehehe sejak dapat keychain masa kem anjuran Rebutia Corp. yang bermaksud setiap yang berlaku ada hikmahnya. Kita kena percaya apa yang berlaku ada hikmahnya, tak semestinya apa yang kita nak tu terbaik untuk kita. Percayalah Allah ada perancangan yang lebih baik untuk kita.
Don't compare your life to others, you have no idea what their journey is all about
Aik ada lagi quotes? penuh sungguh entry kali ni dengan quotes. Bukan apa quotes ni tujuan untuk beri inspirasi/semangat dekat kita. Okey yang ni baru ada orang send tazkirah petang tadi tapi diselitkan dalam entry nih sebab apa kita ni tak sah kalau tak bandingkan dengan orang lain. Dia tak palah pandai boleh lah masuk tingkatan 6, aku nih dah la result kelaut & macam-macam lagi ayat yang macam tu. Dik, kalau dia pandai, dia tak duduk tingkatan 6 nih, baik dia jadi profesor terus, tak payah belajar dah sebab dia dah pandai. Mana ada orang lahir-lahir terus pandai baca, kira, menulis TANPA belajar, kita tak tahu dia belajar sehari berapa jam? kita pulak belek fon berapa jam? Haa ni memang kena kat batang hidung sendiri hehehe FYI, masuk tingkatan 6 nih, kita mula dengan ZERO to HERO, walaupun ada basic subjek masa SPM tak semestinya boleh skor kalau tak belajar balik dan tak semestinya tak ada basic subjek kita sebelum ni, kita tak boleh skor !  MAN JADDA WA JADDA :)